biarlah yang nak bercakap tentang poligami adalah pelakunya sendiri

“Allah menjadikan bagi kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri dan menjadikan bagimu dari isteri-isteri kamu itu, anak-anak dan cucu-cucu, dan memberimu rezeki dari yang baik-baik. Maka mengapakah mereka beriman kepada yang bathil dan mengingkari ni’mat Allah ?” Surah An Nahl : Ayat 72

Poligami ialah perkahwinan di antara seorang laki-laki dengan lebih dari seorang wanita. Lawannya ialah poliandri , iaitu perkawinan antara seorang perempuan dengan beberapa orang laki-laki. Poligami berasal dari bahasa Inggeris ‘Polygamy’ sama dengan poligini , yaitu mengahwini beberapa wanita dalam waktu yang sama.Para orientalis barat menuduh bahwa poligami merupakan produk ajaran Islam yang zalim. Mereka bertujuan menghina ajaran Islam, mereka sengaja mengemukakan sisi sisi negatif poligami yang jelas tidak wujud tetapi diada adakan. Misalnya mereka mengatakan poligami adalah satu bentuk kezaliman dan penganiayaan terhadap kaum wanita. Padahal tamadun mereka yang bermula di Romawilah yang paling dasyat dalam menzalimi dan menganiayai kaum wanita.

Hakikatnya, poligami sudah lama diamalkan oleh manusia – sebelum kedatangan Islam lagi. Agama Yahudi sendiri memperbolehkan poligami dengan bilangan tidak terbatas. Justru syariat Islam lebih tersusun dalam mengatur poligami dengan sejumlah syarat tertentu.

Saya pernah mengikuti satu program forum tentang poligami di sebuah saluran TV popular  – semua mereka yang di atas pentas, baik pengerusi forum dan ahli2 panelnya – yang kononya mewakili NGO itu dan NGO BUKAN terdiri mereka yang mengamalkan poligami. Sebaliknya hanya pengamal akademik atau pengamal undang undang (Nikah-cerai). Bercakap berapi api dan berdegar-degar tentang poligami.

 

Aneh.. orang orang tidak menjalani hidup berpoligami hendak MENJUARAI isu poligami. Percakapan dan pandangan mereka hanyalah bersifat ILMIAH – yang hanya bersandarkan andaian dan hipotesis semata. Langsung tidak relevan dengan praktik kehidupan poligami sebenar.

 

Tambah menyakitkan hati, forum itu itu diselang seli dengan SENDA-GURAU yang meremehkan dan memperlekehkan poligami dan pengamal poligami. Poligami hanya dilihat pada sisi negatifnya sahaja. Wajah sebenar poligami yang INDAH itu diconteng dengan warna-warna hodoh oleh mereka yang berminda hodoh itu. Isu poligami telah dicemari oleh kedangkalan dan kecetekan pengetahuan mereka yang sebenarnya tidak berhak bercakap tentang poligami.

 

Rasulullah SAW bercakap tentang poligami kerana baginda sendiri seorang pengamal poligami.Parasahabat Umar, Usman, Ali dan ramai para sahabat Rasulullah SAW yang lain,  kesemuanya adalah pengamal poligami maka layaklah mereka bercakap di khalayak tentang poligami.

 

Saya nak mengingatkan para TUKANG CAKAP (lebih rendah darjatnya berbanding jurucakap) di luarsana– tolong jangan cakap benda yang anda sendiri tak berani dan tak mampu bikin! Sebab kalau kamu DEGIL nak bercakap juga… kata kata kamu itu akan dipenuhi dengan kesalahan, kejanggalan dan kedangkalan. Impaknya hanya menyinggung dan menyakitkan hati para pengamal poligami yang TULEN. Janganlah kita mengejek keburukan orang lain… entah entah yang kamu ejek itu lebih taqwa berbanding kamu di sisi Allah SWT. Ahli ahli panel wanita yang bercakap tu tak bertudung pun. Ahli panel lelakinya kita sangsi entah solat entahkan tidak. Waallahu ‘alam.

 

Kehangatan perbahasan tentang poligami di MEDIA sekarang ini sebenarnya bukanlah lahir dari keikhlasan untuk mencapai tujuan yang murni dan tulen. Ianya hanyalah untuk tujuan PROVOKASI dan SENSASI demi melariskan sesuatu saluran TV, akhbar atau majalah.Paraustaz gila glamour, para ustazah yang ketagih publisiti, para ahli politik yang mencari polemic dan para pemimpin yang gila podium tolonglah jangan bermain-main dengan isu POLIGAMI ini. Ini soal hokum! Tolong  jangan cuba menjadi juara poligami kalau kalian sendiri tidak berpoligami atau dipoligamikan.

 

Air tangan ayah adalah satu terapi

ramai yang bertanya …. samaada saya mempunyai sebarang petua atau rahsia untuk menjadikan anak anak taat, mendengar kata dan cemerlang dalam hidup? saya heran juga… kenapa tanya saya bab anak cemerlang. saya rasa yang layak jawab hal rahsia anak cemerlang ni dua orang kawan saya iaitu – Dr Shukri Abdullah dan Dato’ Dr Mohd Fadzillah Kamsah.

kata mereka…. tentang Dato’ Rusly ini kami nak tau juga sebab Dato’ ada 18 orang anak (dari tiga orang ibu)… tapi nampak anak anak mesra sesama sendiri… mendengar kata… dan akademik mereka boleh tahan. semua masuk IPTA setelah tamat SPM (tujuh orang). ada ambil bidang chef, ada bakal doktor, designer dan dua orang fakulti undang-undang UIA. saya setujulah bagi tips serba sedikit… kerana, anak anak saya bukan anak anak genius yang cerdas luar biasa. bahkan mereka semua tak menyerlah waktu UPSR dan PMR. semua masuk sekolah biasa-biasa sahaja…. tapi alhamdulillah mereka mampu meraih kejayaan luar biasa. baik, saya mulakan artikel saya dengan mengimbau peranan seorang ibu dan bapa.

Setiap bapa, sebagai seorang ketua keluarga bukan hanya bertanggung jawab mencari nafkah untuk menyara kehidupan ahli keluarganya. Itu baru peranan di dunia. Apa yang lebih penting ialah seorang bapa mesti menyelamatkan ahli keluarganya daripada api neraka. Ertinya peranan bapa amat besar – dari dunia samapailah ke akhirat.

Selain seorang bapa itu bertanggung-jawab memberi makan dan minum yang mencukupi untuk familinya, ia juga mesti memastikan makanan dan minuman itu halal dan baik (Halalan thoyyiban). Hukum halal bagi makanan ada dua, pertama makanan yang dihasilkan dari bahan yang suci dan tidak subhat. Kedua, makanan yang dibeli dengan wang dari sumber halal. Makanan halal yang dibeli menggunakan wang haram misalnya wang curi atau wang judi atau wang rasuah, maka makanan itu jadi haram. Maka setiap ketua keluarga mesti mempastikan, makanan dan minuman yang dimakan oleh ahlinya, bukan sekadar membolehkan mereka survive di dunia bahkan juga survive di akhirat yakni selamat dari api neraka. Justru itu, wajarlah diinsafi, sebelum faktor air tangan ibu yang menyedapkan hidangan itu  berfungsi, faktor air tangan ayah yang memerah keringat untuk mendapatkan sesuap nasi yang halalan lagi thoyyiban itu mesti juga diinsafi.

Satu lagi tugas tambahan yang seorang bapa boleh lakukan dan akan mendatangkan manfaat yang amat besar ialah memasak untuk keluarganya. Konsep air tangan ayah ini kurang dimengerti jauh sekali dipraktikkan sekarang ini. Sang bapa bukan sahaja berperanan s mencari nafkah, bahkan juga para ayah digalakkan memasakkan makanan untuk keluarganya – tentulah bukan setiap. Itulah yang sering dilakukan oleh Rasulullah SAW.  Percayalah AIR TANGAN AYAH adalah satu terapi zahir dan bathin untuk familinya.

Apa bila seorang bapa memasak untuk keluarganya bermakna air tangan ayah terpancar ke hidangan yang akan dinikmati oleh isteri dan anak anak. Doa makan bukanlah ketika hendak menjamah hidangan. Doa makan boleh bermula dari waktu menyiang, membersih dan memasak makanan itu lagi. Paling afdhal jika Si Bapa sendiri yang memasak dan mendoakan masakannya.  Ini akan menjadi satu terapi yang mengandung 1000 hikmah. Rahsia ini yakni terapi masakan bapa tidak diketahui ramai kerana tidak ramai bapa yang suka atau bangga jika kisahnya masuk dapur dan memasak untuk keluarga diketahui masyarakat. Saya myaasih ingat, ayah saya adalah seorang bapa yang rajin memasak untuk keluarganya. Walaupun bapa sa bukan seorang yang alim dan kurang mentarbiyah anak anaknya dalam agama, namun semua adik beradik penulis terdidik dan terjaga. Tiada seorang pun yang terjebak dengan gejala sosial.

 

Maka kini saya sendiri sering memasak untuk anak anak saya. manfaatnya saya rasa cukup banyak. selain isteri saya secara istiqamah memberikan urutan minda kepada anak anak, saya pula sering memasak dan menghidang resepi kecerdasan untuk famili saya. tujuh orang saya berjaya masuk IPTA, tiga orang telah graduate B.Sc (Hons), Hotel & Catering UiTM – seorang telah membuka restoran sendiri, dua orang menjadi tenaga pengajar ITKAU, seorang dalam tahun lima Fakulti Perubatan USIM, dua orang Fakulti Undang Undang UIA dan seorang masih menuntut di UiTM bidang Art & Design. walhalnya, kebanyakan anak anak saya tidak menyerlah sewaktu di sekolah rendah. kebanyakannya mendapat nombor 20 – 30 dalam kelas. tetapi dengan kesabaran saya dan isteri-isteri saya menggunakan terapi urutan minda dan air tangan ayah, anak saya dapat menyerlah di peringkat SPM ada yang dapat 8A dan 10 A!

 

Justru, mereka yang berminat dengan TERAPI urutan minda dan Air Tangan Ayah ini, eloklah datang berkursus dengan saya. tunggu jadualnya! More >

minta pandangan tentang bisnes

apa pandangan anda? seorang kwn saya minta pndpt ttng satu bisnes pelaburan RM20K, tiap bln dapat 2K (tahun pertama), dpt 3K (Thn ke2) dan dpt 10K (Thn ke3). bisnes ini dijamin oleh sebuah sy antara bangsa yg besar. inilah skim utk org malas katanya. kenapa? krn tak pyh susah2 menjual. taja org saja. tiap 3 bln introduce 2 org, cukup! saya kata buatlah bisnes yg jelas, yg kita mahir dan yg kita tahu! dia mrh katanya cara saya (mcm yg saya tulis dlm buku jutawan senyap tu KUNO).

 

 

semua orang ingin menabung tapi….

Musuh utama bagi penabungan ialah perbelanjaan. Terutama perbelanjaan yang dikategorikan sebagai kos hidup (Cost of living). Cost of living adalah perbelanjaan kompulsori yang ‘wajib’ ditanggung oleh setiap ketua keluarga. Apabila kos hidup harian atau pun bulanan sesebuah keluarga sama dengan pendapatan bersih ketua keluarga – bermakna keluarga tersebut sekadar ‘Cukup Hidup’ atau ‘Cukup Makan’. Jika kos hidup keluarga lebih tinggi dari pendapatan bersih ketua keluarga maka keluarga itu dianggap deficit. Kedua – dua keluarga ini tidak mempunyai saving capacity dan saving capability.  Justru, keluarga yang miskin adalah keluarga yang deficit. Apabila berlaku keperluan kewangan yang mendesak dan tiba tiba terhadap keluarga tersebut, misalnya salah seorang anak akan masuk ke IPTA/IPTS atau salah seorang anak memerlukan rawatan penyakit kronik mereka akan menghadapi satu situasi yang perit. Maka ‘garis kemiskinan (Poverty Line) setiap keluarga harus ditentukan berasaskan situasi dan kondisi keluarga itu sendiri.

Strategi pro-aktif yang harus digunakan oleh sebuah keluarga yang mementingkan kestabilan kewangan ialah MENABUNG. Kaedah menabung terbaik ialah penabungan harian. Kerana ia akan menjadi lebih giat dan produktif.  More >

Jadual kursus masakan dan kursus pembinaan usahawan

Saya menerima banyak pertanyaan dari orang ramai tentang jadual kursus kendalian ITKAU (Institut Teknologi Kulinari Anjung Utara) yang akan datang. Sepanjang bulan Ramadhan ini memanglah kosong tiada sebarang program. tapi lepas raya dah ada cadangan. paling cepat ialah di Shah Alam pada 10 & 11 September 2011 bertempat di bengkel ITKAU cawangan seksyen 13 Shah Alam iaitu kursus masakan nasi lemak dan minuman jajaan dan dipakejkan dengan pengkosan dan penabungan. kursus ini di maksudkan untuk menjawab banyak kesangsian dan keraguan mereka yang baru mengenali kami.

Soalan seperti, betul ke menjaja makanan atau minuman boleh jadi JUTAWAN? Soalnya, Kita baru nak  bertanya orang lain  telah membuktikannya. Sedarkah anda? Orang China dah lama kaya raya menggunakan formula Round Table VA X L. Dalam diam para pendatang terutama dari Acheh dan Jawa berjaya membina Silent Networking.  Kita? Masih lagi teruja dengan bisnes glamour?  Macam2 skim dah kita join, tapi tak kaya-kaya pun juga,

Puncanya ialah kerana kita tak berpeluang untuk menabung setiap hari. Hanya bisnes jualan tunai harian yang boleh mempastikan anda menabung setiap hari. Bisnes macam mana? Dato’ Chef telah berguru dengan jutawan China dan Indon ketika bertugas di bank 25 tahun dahulu. Ironinya kedua-dua gurunya itu hanyalah penjaja Yong Yau Fu dan air soya. Namun, mereka itulah JUTAWAN SENYAP. Serai kursus ini, anda bukan sekadar mengetahui rahsia mereka, bahkan menjadi jutawan seperti mereka. Pilih salah satu. teknik pengkosan dan penabungan. untuk mengetahuinya tunggulah iklan kami tak lama lagi.

tazkirah ramadhan

 

Sempena bulan Ramadhan al mubarak ini, saya ikut terpanggil untuk mengutarakan beberapa pandangan dan pesanan orang alim untuk kita jadikan renungan, iktibar dan asas untuk bertindak. Sebab  guru saya bilang, tindakan yang berprestasi hebat lagi dasyat adalah tindakan yang bermula dari dalam jiwa. justru jiwa harus terus menerus menerima suntikan DNA (Dream and action). Hanya DNA yang bertunjangkan Islam yang akan membenihkan sel sel Islam yang hidup, tumbuh dan berkembang.  Artikel yang  yang saya petik di bawah merupakan pandangan dan pesanan As Syahid  Hassan al Banna yang  walaupun telah ditulis dan diterjemahkan sejak beberapa dekad yang lalu, tetapi ia masih segar dan relevan dengan kemelut yang dihadapi ummah masa kini. bacalah dengan penuh keinsafan.

 

Sebahagian besar ummat Islam sekarang mengambil nilai dan sistem hidup acuan barat (Yahudi dan Nasrani) dengan ghairah tanpa usul dan periksa -  As Asyahid  Hassan al Banna

 

Tidak dapat dinafikan bahawa era sekarang adalah Era Amerika Syarikat (al-Ashr al-Amriki). Seluruh dunia bergantung dengan AS, Israel dan sekutunya. AS dan Barat (negara Nasrani) dan Israel (Negara Yahudi) sangat kuat mencengkam dunia Islam sehingga setiap inci pergerakan kita diatur oleh mereka. Bahkan sebagiannya dibawah kendali langsung mereka seperti Arab Saudi, Kuwait, Mesir, Iraq dan lain-lain. Realiti yang malang ini telah dijangkakan oleh Rasulullah saw. dalam hadithnya:Dari Said Al-Khudri, dari Nabi saw bersabda:” Kamu pasti akan mengikuti sunnah (Cara hidup) orang sebelummu (umat kafir sebelum Islam), sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta hingga walaupun mereka masuk lubang biawak kamu akan mengikutinya”. Sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah saw apakah mereka Yahudi dan Nasrani”. Rasul saw menjawab, “Siapa lagi!” (H.R. Bukhari dan Muslim)

Beginilah nasib dunia Islam di akhir zaman yang digambarkan oleh Rasulullah saw. Mereka akan akur menuruti apa sahaja yang didatangkan oleh Yahudi dan Nasrani. Hanya segelintir dari kalangan ummah yang sedar. Kebanyakannya, termasuk ahli agama turut hanyut dalam arus ‘mainsteam’ globalisasi tajaan Yahudi dan Nasrani.Segala yang dijangkakan oleh Rasulullah SAW 1400 tahun dulu, kini telah menjadi kenyataan. Kenyataan yang semakin membingungkan dan mengelirukan ummah masakini.

Dari segi kehidupan sosial, sebagian besar umat Islam tidak lagi berbeda dengan mereka Yahudi dan Nasrani. Jenis hiburan yang disukai, model pakaian yang dipakai, makanan yang disantap, filem-filem yang ditonton, kebebasan hubungan jenis termasuk yang sejenis. Elemen cara hidup sosial Yahudi dan Nasrani menyerap masuk dalam kehidupan umat Islam melalui ratusan saluran (TV) yang masuk dengan bebas ke setiap rumah muslim.

Dalam kehidupan ekonomi, sistem bunga atau riba mendominasi urusniaga ekonomi dunia dimana dunia Islam secara terpaksa atau sukarela harus mengikutinya. Riba’ yang sangat zhalim dan merusak telah begitu kuat mewarnai ekonomi dunia, termasuk dunia Islam. Lembaga-lembaga ekonomi dunia seperti IMF, Bank Dunia, WTO dll mendikte semua laju perekonomian di dunia Islam. Akibatnya krisis ekonomi dan keuangan disebabkan hutang dan korupsi menimpa sebagian besar dunia Islam.

Begitu juga dalam politik nampak sangat umat Islam menyerap dan menerap sistem dan nilai Yahudi dan Nashrani. Sistem barat menjadi teras dalam siasah politik mereka. Politik dibangun atas dasar nilai-nilai sekuler, mencampakkan agama dan moral dalam dunia politik, bahkan siapa yang membawa agama dalam politik dianggap mempolitisasi agama. Begitu buruknya kehidupan politik umat Islam di banyak Negara Islam, sampai jabatan jabatan yang semestinya mencerminkan nilai-nilai Islam, iaitu jabatan agama, menjadi jabatan yang paling tidak efisien dan sarang korupsi. More >

Mengimbau kejayaan alumni di negeri di bawah bayu

pada 29-31 Julai yang lalu, saya ke Kota Kinabalu untuk menyempurnakan modul P&P “Perniagaan dan penabungan” di Likas Square Condotel. ketibaan saya di Terminal Satu, Lapangan Terbang Antara Bangsa Kota Kinabalu di sambut oleh Abdullah Mainih pemilik Fatimah Cafe,  Kassim Marlis pemilik Restoran Seri Dewi, Tanjung Aru dan Haji Harris alumni yang masih merupakan penjawat awam. Saya mendapat maklum Fatimah Cafe dan Seri Dewi mendapat sambutan yang amat memberangsangkan. alhamdulillah syukur. Syabas saya ucapkan. Besok saya akan melawat dapur restoran mereka, boleh lah bagi komen sedikit sebanyak. Begitulah setiap kali berkunjung ke mana – mana saya disambut, dijemput dan dihantar ke hotel di mana saya menginap oleh bekas peserta program kursus saya. Ada antara mereka telah berkursus sejak 1997 dan 1998. alhamdulillah sehingga sekarang kami masih berhubungan lagi. kalau di Sabah ni, saya mula mengadakan kursus dalam tahun 1999 di Balai Usahawan Sabah, Putatan. waktu itu  bekerja sama dengan Datin Sarimayan juga seorang bekas peserta. Sebelum 1999 para usahawan Sabah yang mahu mengikuti program kursus saya terpaksa ke Semenanjung. More >

Menjaja Pun Boleh Jadi Kaya & Jadi Jutawan

Sejak buku Menjejaki Jutawan Senyap tulisan saya terbit dalam tahun 2004, saya menerima banyak undangan untuk memberikan syarahan. Maklum balas yang saya terima dari audien di setiap program amatlah positif, namun tidak kurang yang agak ragu atau pun sangsi.

Terutama dari kalangan hadirin yang terdiri dari peniaga kecil. Mereka para penjaja di pasar malam atau berjualan di tepi jalan adalah mereka yang paling sangsi dengan gagasan jutawan senyap. Mereka sudah berbelas tahun berniaga tetapi masih di takok lama. Tak kaya kaya, hutang keliling pinggang. Menariknya, ramai orang boleh buat jualan sehingga RM500 sehari tapi tak boleh simpan RM500 sebulan! Mereka tidak punya sebarang simpanan.

Tahukah anda… mengikut kajian psikologi hampir 99% orang normal ada impian untuk menjadi KAYA tetapi 90% dari mereka itu langsung tidak tahu CARA atau langsung tidak nampak JALAN bagaimana untuk menjadi KAYA. Maka sebab itulah perkataan jutawan hanyalah sekadar sebutan untuk gurauan. Bukan menjadi satu ungkapan serius. Justru untuk menjadi jutawan tidak menjadi satu komitmen.

Satu perkara yang anda wajib tahu ialah, Kekayaan bukanlah satu kebetulan tetapi satu yang ditemukan. Anda boleh mencari dan menemui kekayaan. Ada jalan menuju kekayaan yang perlu kita pilih dan ada formula membina kekayaan yang  boleh kita gali.

Memang ramai pihak  yang terus ragu dan sangsi ‘bolehkah jadi jutawan dengan menjaja?’. More >

Sampai Sekarang Ramai Orang Tak Percaya Bahawa Menjaja Boleh Kaya

Tujuan saya menulis buku “Menjejaki Jutawan Senyap’ dalam tahun 2004 adalah untuk mengubah sedikit persepsi bangsa kita yang rata-ratanya masih sinis terhadap bisnes penjajaan. Tidak ada ibu bapa Melayu yang akan mendorong anak anak mereka agar bercita-cita menjadi seorang penjaja. Kenapa? Kerana menjaja hanyalah layak untuk orang-orang yang gagal mendapat sebarang jawatan. Maknanya kalau seorang anak itu masih layak untuk dapat jawatan peon, posmen, ahli bomba, pembantu makmal atau konstabel maka lebih baiklah rebut salah satu jawatan itu daripada menjadi penjaja.

Penjajaan terutama menjaja makanan dan minuman bukanlah sesuatu yang baru bagi orang-orang Melayu / Bumiputra. Bahkan penjajaan telah begitu sinonim dengan keusahawanan kecil Melayu sejak sebelum merdeka lagi. Hinggalah sekarang ini ramai orang orang Melayu menjaja di pasar malam, pasar lambak, uptown, pasar tani, tempat-tempat keramaian, perhentian dan terminal pengangkutan awam. Tetapi cerita penjajaan Melayu masih disulami dengan kisah kesusahan dan kemiskinan. Amat jarang cerita tentang seorang Melayu yang jadi kaya raya kerana menjaja.

Ramai yang menjaja tetapi tidak ramai yang berjaya.
Walaupun bilangan orang Melayu/Bumiputra yang terlibat dalam perniagaan penjajaan kian hari kian bertambah, namun bilangan yang betul betul berjaya masih amat jarang. Kisah kejayaan meraih keuntungan masih jauh ketinggalan berbanding penjaja China dan penjaja dari kalangan para pendatang.

Prestasi kebanyakan penjaja Melayu sekadar cukup untuk bertahan yakni cukup cukup makan. Pencapaian yang kurang cemerlang ini menyebabkan generasi di peringkat anak anak kurang tertarik untuk meneruskan legasi bisnes penjajaan keluarga. Ramai dari kalangan penjaja Melayu yang berjaya menjual sehingga RM500 sehari tetapi gagal menyimpan RM500 sebulan. More >